Search


KISAH kemuliaan Kekasih ALLAH SWT - NABI MUH...

  • Share this:


KISAH kemuliaan Kekasih ALLAH SWT - NABI MUHAMMAD SAW ketika di dalam kandungan ibunya - Siti Aminah.

Allahuakhbar.... alangkah bertuahnya kantung rahim yang melahirkan manusia termulia di dunia.

Kisah kehebatan Rasulullah SAW dirasai ibundanya seawal bulan pertama kehamilan.

Pada setiap bulan Siti Aminah didatangi seorang lelaki di dalam mimpinya dan memberitahu khabar khabar indah mengenai bayi yang dikandungnya.

Bulan pertama - Nabi Adam datang ke dalam mimpinya dan memberitahu bahawa dia mengandungkan manusia termulia di dunia.

Bulan ke-2 datang dalam mimpinya Nabi Idris dan mengatakan akan kebesaran Nabi Muhammad SAW...

Begitulah yang terjadi sehingga bulan ke 9 kehamilan ibunda Rasul Allah ini dengan pelbagai mimpi mimpi dan khabar khabar indah daripada para nabi....

Indah bukan? pastinya ramai di antara kita mengidamkan kehamilan dan kelahiran anak yang soleh dan solehah.

Apatah lagi bagi seorang wanita....topik kehamilan & kelahiran itu sendiri sudah cukup membuatkan kita teruja & adakalanya tersentuh memikirkan kesihatan,... kehebatan....kelebihan.... kejayaan... yang ada pada anak kita...saya percaya.... anda antara ibu terhebat buat anak anak anda.... =)

Semoga anda dikurniakan anak anak yang soleh dan solehah. insyaAllah...

Dapatkan kisah penuh kehamilan & kelahiran Rasulullah SAW ini di dalam buku 9bulan10hari Januari 2017.... anda akan menitiskan air mata membaca kisah anugerah hebat ini tanpa disedari....

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

<3 ,
#9Bulan10HariByNaziraNazir
Penulis&Penerbit 9bulan10hari - Nazira Nazir


Tags:

About author
not provided
Content yang unik dikompilasi khas daripada ramai pakar untuk menjadikan pengalaman wanita hamil, melahirkan yakin dengan ilmu sahih dari 9bulan10hari !
View all posts